Monday, November 2, 2015

SPBT VS Cikgu Rusnah

CHE TOM GIRL SCHOOL

Mengemas bilik SPBT
Seharian mengemas bilik SPBT bersama murid tingkatan 3. Alhamdulillah nampak lebih kemas dari sebelumnya. Terima kasih anak-anak cikgu yang bertungkus-lumus mengemas, memilih buku yang perlu dilupuskan dan mengasingkan mengikut mata pelajaran. Walaupun ada yang berpuasa namun tetap nak menolong.

Tahun kedua cikgu menguruskan buku SPBT untuk tingkatan tiga. Banyak yang cikgu belajar daripada cikgu Rusnah. Tahun depan 2016 Cikgu Rusnah akan mula bersara dari dunia pendidikan. Cikgu mengagumi beliau kerana ketenangannya menguruskan sesuatu. Sepanjang di CTGS , cikgu tak pernah lihat beliau cuti sakit dalam usianya yang hampir bersara. Sentiasa tersenyum dan tidak lokek berkongsi ilmu. Semoga cikgu akan menjadi sepertinya satu hari nanti. Insya-Allah.

Sunday, November 1, 2015

3 AZAM dalam ingatan

3 AZAM CTGS

PT3 sudahpun berlalu, kalian akan melangkah ke alam SPM tidak lama lagi. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Jadilah anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Ingatlah saat-saat indah kalian bersama cikgu dan lupakan segala kisah duka yang pernah berlaku sepanjang 2015.

Andai ada antara kalian yang akan menyambung persekolahan di tempat lain, ingatlah sentiasa di mana bumi berpijak. Jangan kita sombong dan lalai. Sematkan segala ajaran cikgu-cikgu di CTGS telah berikan.