Friday, February 12, 2016

Sungai Petani ke Kampung Kerunai Gerik

      Sebelum memulakan perjalanan bersiap sedia dengan sut lengkap untuk keselamatan semasa dalam perjalanan. Pertama kali mengikut suami ride pasti terasa keterujaannya. Kami pergi pada 7 November 2015 (Sabtu).

      
En Suami terpaksa menunggu di sekolah kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan. Kami bertolak lebih kurang jam 9 pagi.


Yes!!! dah selesai semua tugasan. Jom kita gerak. Selfie dulu sebelum bertolak. Seluar tu pun beli sehari sebelum ride. semangatlah katakan. kihkihkih....


Kenangan terindah
    Malangnya, kami tertinggal daripada grup lain kerana silap kami lewat sampai ke tempat berkumpul (Shell Bandar Puteri Jaya) . Tapi itu tak mematahkan semangat kami ke sana. Akhirnya kami tiba ke destinasi dengan selamat dan kebetulan mereka juga baru saja sampai ke Castella Cafe.

Teman semeja
    Pondok makan bersebelahan dengan sungai dan dilengkapi dengan bilik air dan ruang solat. Sesuai untuk keluarga mengisi masa bersama anak-anak. Tempat ini dimiliki oleh seorang individu yang dikenali dengan panggilan Tok Janggut. Nak bawa kereta juga tiada masalah sebab berhampiran jalan besar.
Sampai di sana kami dihidangkan dengan makanan kampung. Tak terkata sedapnya, memang bertambah-tambah makan. Nasibungkus ada,ikan sungai , pucuk paku dan ulam ulaman. Tapi memang sedap .


Jom mandi


Jumpa Kawan Baharu

Masa untuk bertolak pulang
    Kami bertolak selepas Asar dan sempat berhenti di Petronas Baling kerana hujan mula turun.  Apabila hujan sedikit reda tapi kami tempuhi juga sebab nak sampai sebelum lewat malam. Sampai Bandar Puteri Jya lebih kurang jam 7.30 malam. Kesian kat anak-anak , kami terus bergegas pulang untuk mengambil anak-anak. Tapi en suami yang ambil sebab saya dah tak larat . Hahaha.


No comments:

Post a Comment